Tuesday, May 6, 2008

PETA


SEJARAH

Institut Latihan Islam Malaysia atau dikenali dengan nama singkatannya "ILIM" merupakan satu institusi atau satu bahagian di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tujuan utama menubuhkan Institut Latihan Islam Malaysia ialah untuk melahirkan profesionalisma dalam pentadbiran hal ehwal Islam yang merupakan satu bidang atau profesion yang tersendiri. Profesion ini merangkumi beberapa bidang pekerjaan seperti pentadbiran, penyelidikan, dakwah, pengurusan zakat dan Baitul Mal, kehakiman syarie, pentadbiran undang-undang, pembangunan keluarga dan pentadbiran masjid.
Sesuai dengan fungsinya sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab bagi mempertingkatkan kecekapan pentadbiran hal ehwal Islam dan penyelarasan dalam perkembangan agama Islam di negara ini.ILIM akan melatih semua pegawai dan kakitangan serta individu lain yang terlibat dalam kerja-kerja dan urusan-urusan yang tersebut. Ini adalah satu-satunya cara yang berkesan bagi melahirkan profesionalisma dalam bidang pentadbiran hal ehwal Islam, dan melalui program latihan ini penyelarasan dan keseragaman dapat diwujudkan dengan lebih mudah dalam bidang tersebut antara pelbagai agensi yang ada.

Monday, May 5, 2008

Samekom pada hamba allah yang dihormati sekalian..... saya sebagai staff ILIM mahukan pembaharuan kepada ILIM. Saya perlukan komen cadangan daripada anda semua untuk memajukan lagi teknologi, kemudahan, dan pelbagai lagi keperluan peserta-perserta khusus....
sila beri komen anda